Permintaan yang Tinggi Menyebabkan Harga Besi Naik

Permintaan yang Tinggi Menyebabkan Harga Besi Naik
Apr 10, 2021

Menurut laporan pasaran, besi “hot-rolled” dan “cold-rolled” yang dikeluar kan oleh negara-negara pengeluar besi seperti China, Japan, Korea Selatan, Taiwan dan negara negara Asia yang lain telah habis ditempah sehingga akhir Julai, dan harga besi “hot-rolled” dijangkakan akan mencecah $1,000 per tan tidak lama lagi. Tengok pada keadaan sekarang ni dimana harga semakin naik, ramai peniaga besi menjangkakan harga besi akan melebihi atau hampir dengan $1,000 per tan pada pertengahan tahun.

 

Ramai yang berpendapat kargo dari Asia Timur akan menjadi yang pertama dijual pada harga $1,000 per tan, terutamanya kerana pembuat besi utama Jepun sudah menjual besi “hot-rolled” kepada pembuat automotif Indonesia dengan harga $910 per tan. Permintaan yang tinggi dari global dan peningkatan harga besi siap menyebabkan kenaikan harga.

 

Pada 2 April, beberapa pasaran telah mengeluarkan indeks eksport besi “hot-rolled” biasa, pelabuhan utama FOB China, $ 779.47 per tan, naik dari $ 700.30 per tan pada 1 Mac. Manakala besi “hot-rolled” untuk penghantaran Mei dan Jun telah ditawarkan pada harga $890 per tan oleh pengeluar utama Korea Selatan.

 

Setelah mengambil kira kadar kenaikan pengangkutan baru-baru ini sebanyak $60-80 per tan, ia berjumlah sehingga $950-970 per tan cfr Asia Tenggara. Sementara syarikat pengangkutan Taiwan menjual kargo pada harga $900 per tan, dengan "tiada potongan harga." Faktor lain yang mempengaruhi harga besi ialah kekurangan bahan mentah besi.

 

China berjanji untuk memastikan pengeluaran bahan mentah besi dikurangkan dan melaksanakan penyelidikan ke seluruh negara mengenai pengurangan kapasiti besi bagi memenuhi tujuan untuk mengawal pelepasan karbon. Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional China (NDRC) dan Kementerian Teknologi Maklumat Industri (MIIT) menyatakan bahawa mereka akan bersama-sama menyiasat jumlah besi yang berlebihan dalam sektor pembinaan dan projek peleburan besi.
Back to News & Announcements